Budak Mempunyai Mata Seperti Kucing

China, terdapatnya seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui yang memiliki mata seperti seekor kucing. Walaupun aneh di mata kita as a human, namun adik ini mempunyai kelebihan di sebalik matanya yang unik itu di mana mampu melihat secara jelas ketika berada di dalam suasana yang gelap dengan sepasang mata berwarna biru yang cukup ajaib. Rata-rata kanak-kanak seusia dengannya mempunyai warna mata berwarna hitam atau perang, namun Nong Youhui mempunyai warna mata berwarna biru yang cukup cantik.

Lebih menarik, sepasang mata kanak-kanak ini bukan sahaja cantik tetapi turut menyinar ketika gelap(glowing in the dark). Anugerah ini menyebabkan Youhui mampu membaca mahupun menulis miskipun tiada sumber cahaya menerangi. Beliau juga tidak mempunyai masalah perlihatan pada waktu siang.
Bapa kepada Youhui yang risau dengan keadaan anaknya telah menghantar untuk menerima rawatan di Dahua, selatan China. Dad Ling menyatakan doktor memberitahunya bahawa mata Youhui akan beransur-ansur bertukar kepada hitam seiring dengan usianya namun sehingga kini warna mata Youhui kekal berwarna biru jernih.
Sehingga ke hari ini, sepasang mata Nong Youhui mampu memikat sesiapa sahaja yang menatapnya.




0 Response to "Budak Mempunyai Mata Seperti Kucing"

Post a Comment