5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki





5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki | Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.Ramai yang selalu merungut rezeki tak pernah cukup.Tapi tak ramai yang berusaha mencari jalan bagaimana nak dapatkan rezeki yang melimpah ruah.Inilah ‘penyakit’ orang kita sebenarnya.Mulut cakap nak,tapi anggota tak mahu gerak.Tak nak gunakan fizikal yang Allah pinjamkan kepada kita.Jadi hasilnya,habuk pun tak ada.Jadi hari sy ingin berkongsi dengan para pembaca 5 petua untuk dapat limpahan rezeki.

1.Niat yang betul.





Yang ni ramai yang terlepas pandang.Ramai yang berhajat mencari rezeki sebab nak kaya,nak hidup senang,nak makan sedap-sedap,nak bercuti ke luar negara.Tapi sebenarnya anda perlu berniat bahawa ‘aku nak cari rezeki kerana aku nak keberkatan dari Allah dan semata-mata kerana Allah.Apabila anda niat semata-mata kerana Allah,InsyaAllah apa sekalipun usaha yang anda lakukan untuk mencari rezeki akan dipermudahkan olehNYA.Semuanya bermula dari niat.Yakinlah.


2.Pemahaman sebenar maksud rezeki 

Ada juga yang masih belum faham maksud sebenar rezeki.Rezeki adalah sesuatu yang diberikan oleh kepada kita dalam apa jua bentuk sekalipun.Tetapi hari ini ramai yang telah ‘mind-set’ kan minda diorang bahawa rezeki itu duit.Sy sedih apabila melihat masyarakat sekeliling hanya mengucapkan rasa syukur apabila dapat duit.Walhal badan yang sihat,akal yang cerdas dan dikurniakan nikmat untuk bernafas juga adalah rezeki.Jadi,cuba faham maksud sebenar rezeki,InsyaAllah Allah akan mudahkan segalanya bagi anda.


3.Alpa dengan ucapan Alhamdulillah.






5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki 

Ya.Memang ramai yang alpa dengan ucapan Alhamdulillah.Bahkan kebanyakan dari mereka akan berkata, ‘Wow!’ , ‘Hebatnya!’ , ‘Sukanya!’ dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.Tapi berapa ramai yang mendahulukan ucapan ‘Alhamdulillah’ apabila memperoleh sesuatu rezeki?Tepuk dada tanya iman.Biasakan diri mengucapkan ‘Alhamdulillah’ tiap kali memperoleh sesuatu.InsyaAllah rezeki akan bertambah.



4.Ibadah akarnya,rezeki buahnya.



Hari ini juga ramai yang terpalit dengan ‘ajaran sesat’ .Kononnya kalau tak solat,tak puasa,rezeki akan ada kalau kita usaha.Itu namanya ‘Istidraj’.Istidraj membawa maksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberiannNYA itu tidak diredhai.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Jadi jangan tersalah faham.Utamakan ibadah sebagai pemacu kepada limpahan rezeki yang luas.InsyaAllah,kalau kita tekun menyiram pokok ibadah,buah rezeki akan datang bergolek dengan banyaknya.Yakinlah.


5.Menarik rezeki,Menolak Bala.

Pernah dengar tak ayah mak kita cakap macam ni:

….Mamat,jangan tidur lepas subuh,nanti rezeki susah nak masuk….

…Minah,lepas subuh jangan tidur.Nanti dapat bala…

Ada sebabnya.Dan memang berguna nasihat mereka pada kita.Kenapa?Baca bawah ni:

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)





Jadi,jangan fikir-fikir lagi.Memang ada benarnya mak ayah kita larang kita tidur lepas waktu subuh.Ni juga salah satu petua yang ummi Sy selalu pesan.Almaklumlah dulu masa sekolah suka tidur balik lepas subuh.Tapi sekarang,kena ubah!Jadi bertindak dari sekarang,jangan hanya cakap ‘Aku nak rezeki banyak,Aku buat nanti’ …Cakap saja tak guna,gerak sekali okai! :)

Di atas merupakan 5 petua yang paling penting dalam hidup kita dan perlu anda semua amalkan sekiranya ingin mendapat limpahan rezeki yang tidak pernah putus.InsyaAllah.



sumber duniafarisya

0 Response to "5 Petua Untuk Dapat Limpahan Rezeki"

Post a Comment