Atikah Suhaime Sedia Digosipkan Dengan Syafiq Kyle

Melihatkan kepada trend drama bersiri slot Akasia yang disiarkan di TV3, pastinya gandingan hero dan heroin akan digosipkan menjalin hubungan istimewa. Terkini, drama bersiri arahan Amie Maziah, 'Bila Hati Berbicara' mengisi slot Akasia dan drama tersebut menggandingkan pelakon Syafiq Kyle bersama aktres baru yang sedang meningkat naik, Atikah Suhaime. Mungkinkah gandingan ini bakal digosipkan dan adakah mereka bersedia diterpa dengan gosip ini?
"Saya rasa saya okay sahaja dengan perkara itu. Selalunya yang memberi pendapat sebegitu adalah penonton yang mengikuti drama tersebut. Saya faham trend yang selalu berlaku terhadap hero dan heroin drama bersiri slot Akasia. Tapi di lokasi dan di luar, saya hanya bersahabat dengan Syafiq. Dia seorang kawan yang baik," ujar Atikah memulakan bicara.

Meluahkan perasaan gembira apabila dipilih untuk beraksi dalam slot popular tersebut, Atikah yang membawa watak sebagai Tania rasa sangat teruja dan bersyukur impiannya menjadi kenyataan.

"Saya gembira dan teruja dapat membintangi slot Akasia yang mempunyai pengikut tersendiri. Syukur kerana doa saya makbul untuk diberi peluang berlakon dalam slot itu. Saya juga berterima kasih kerana dapat bimbingan pihak produksi dan pengarah drama bersiri tersebut, Amie Maziah. Dia merupakan seorang pengarah yang bagus dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem 'Kelibat' di Cathay Cineplex, Damansara pada Isnin.


Dalam filem seram arahan Hashim Rejab itu, Atikah memegang watak sebagai Lia. Pelakon kelahiran Singapura ini sempat berkongsi pengalaman seramnya bersama GUA.

"Ada dalam satu babak filem tersebut, Lia mahu terjun dari bangunan untuk membunuh diri. Di hadapan saya ada banyak pokok. Saya terpandang satu tempat di hadapan saya dan tiba-tiba saya rasa sangat takut dan sedih. Dek kerana rasa itu, saya menangis. Saya pun tak tahu kenapa. Tetapi bila pihak produksi panggil Ustaz untuk datang melihat keadaan saya, terus saya okay sahaja. Mungkin perkara itu terjadi kerana saya terlalu fokus untuk adegan bunuh diri itu," ujar Atikah.

Menerusi filem terbitan MIG itu, Atikah bergandingan bersama Fauzi Nawawi, Ellie Suriaty, Niezam Zaidi, Shima Anuar dan ramai lagi. Filem 'Kelibat' mula ditayangkan pada 6 November ini di seluruh Malaysia dan Singapura.

1 Response to "Atikah Suhaime Sedia Digosipkan Dengan Syafiq Kyle"

  1. Lucky Club Casino Site | Login | Lucky Club Casino
    Lucky Club Casino - is a leading online casino that was established in the early 2000s. We are the #1 licensed 카지노사이트luckclub casino operator offering a varied range of games including

    ReplyDelete