SINOPSIS ISTIKHARAH CINTA & INFO (22Gambar)


Drama bersiri terbaru di slot Akasia TV3 berjudul 'Istikharah Cinta' akan mula bersiaran bermula 23 Disember 2014. Drama ini menampilkan sekali lagi Zul Ariffin sebagai hero dalam slot Akasia dan akan bergandingan dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Drama terbitan Orange Tree Production ini diarahkan oleh Azmi Hatta. Saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam di TV3.



JUDUL : ISTIKHARAH CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 23 Disember 2014 (Isnin-Khamis, 7.00)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orange Tree Production Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Faye Kusairi, Nonny Nadirah, Falisha Crossley, Syazwan Zulkifli, Lia Natalia, Zarina Zainuddin, Hamidah Wahab, Elly Mazlein, Eyka Farhana, Liza Abdullah, Fathil Dani

WATAK PELAKON

Zul Ariffin sebagai Airil
Faye Kusairi sebagai Dina Alia
Nonny Nadirah sebagai Aiza
Falisha Crossley sebagai Juliza
Syazwan Zulkifli sebagai Hanafiz
Lia Natalia sebagai Alisha
Hamidah Wahab sebagai Hajah Salina
Zarina Zainuddin sebagai Datin Amnah
Fathil Dani sebagai ayah Airil
Nizen Ayob sebagai Dr. Rizal


LAGU TEMA / OST ISTIKHARAH CINTA

Judul lagu : Kau Tercipta
Penyanyi : Lah Ahmad
Video : http://youtu.be/xOZ5NxZSmxc

Judul lagu :  Siska
Penyanyi : Kleo Band
Video : http://youtu.be/w5LGKilUDPs

Judul lagu : Sedetik Cinta
Penyanyi : Erni Zakry & Daly Filsuf -
Video : http://youtu.be/lTSOdBVjAKQ

SINOPSIS ISTIKHARAH CINTA


Drama Istikharah Cinta mengisahkan mengenai perkahwinan Airil (Zul Ariffin) dan Dina Alia (Faye Kusairi) yang disatukan tanpa ada rasa perasaan cinta. Mereka belajar untuk mencintai satu sama lain selepas berkahwin.

Kisah bermula dengan penceraian antara Airil(Zul Ariffin) dan Aiza(Nonny Nadhirah) selepas setahun berkahwin atas alasan tidak sehaluan. Perceraian itu memberi kesan yang mendalam terhadap Airil. Punca sebenar perceraian itu ialah Aiza tak tahan dengan kesibukan Airil, dia rasa terabai. Walaupun dalam edah, Aiza telah berpacaran dengan kekasihnya hingga menimbulkan rasa kurang senang rakan-rakan Airil.

Selepas edah, Aiza berkahwin dengan Dr. Rizal(Nizen Ayob). Hasil perkahwinan itu, Aiza dan suami dikurniakan seorang cahaya mata. Walaupun 4 tahun berlalu, Aiza sering membandingkan kebaikan hati bekas suaminya  Airil dengan Dr. Rizal. Keadaan itu mencetuskan kemarahan Dr. Rizal.

Airil yang semakin sibuk dengan kerjayanya. Dipertemukan dengan Dina Alia di sebuah restoran semasa menikmati hidangan tengah hari.
Datangnya seorang gadis yang tidak semena-mena duduk di depannya. Mulutnya asyik mengomel membuatkan Airil terhibur dengan keletahnya.

Tengahari itu, Dina keluar lambat. Restoran itu berdekatan dengan rumahnya. Dina sering menjamu selera di situ. Namun, restoran itu dipenuhi dengan pelanggan memandangkan waktu itu adalah waktu puncak. Matanya meliar mencari tempat kosong. Terjumpanya kerusi kosong. Tanpa dipersila di duduknya dengan orang tidak dikenali. Kehadirannya membuatkan jejaka di depannya terkedu. Dina memang muka tebal. Tanpa mengenali jejaka itu, mulutnya rancak berbual. Siapa sangka jejaka itu  bakal menjadi istimewa di hatinya. Takdir menemukan mereka. Adakah itu istikharah cinta mereka?


GAMBAR PELAKON



















0 Response to "SINOPSIS ISTIKHARAH CINTA & INFO (22Gambar)"

Post a Comment