6Gambar: Bomba Selamat 18 Ekor Kucing Dari Banjir


KUALA NERUS, TERENGGANU – Walaupun dalam keadaan kelam kabut menyelamatkan penduduk Taman Desa Tanjung Damai yang terjejas teruk akibat banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat turut sempat menyelamatkan 18 ekor kucing milik salah seorang penduduk di kawasan tersebut yang terperangkap di rumah tuannya.


Rumah tuan kucing-kucing terbabit, Rosnorlia Ibrahim, 41, dinaiki air secara mendadak sebelum pasukan bomba membantu memindahkan mangsa bersama kesemua kucing peliharaannya.

Pasukan bomba bagaimanapun berdepan kesukaran kerana kucing-kucing tersebut bertindak agresif mencakar anggota terlibat sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, sememangnya tugas penyelamat untuk memindahkan mangsa banjir dan harta benda mereka termasuklah haiwan peliharaan.







Sumber Siakapkeli.com.my

0 Response to "6Gambar: Bomba Selamat 18 Ekor Kucing Dari Banjir"

Post a Comment