Info terkini berkaitan kes buli seorang budak di Perlis Berserta Video



Kangar : "Kes lama, kita sudah siapkan kertas siasatan dan sedang menunggu arahan Ketua Unit Pedakwaan bagi tindakan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh suspek berkenaan," demikian kata Ketua Polis Daerah Kangar,Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengenai penyebaran satu lagi klip video kejadian buli membabitkan seorang pelajar di belasah tujuh pelajar di sebuah asrama yang didakwa berlaku di sini.


Berdasarkan klip berkenaan, mangsa berpakaian sukan serta baju T berwarna merah dibelasah tanpa belas kasihan oleh beberapa pelajar elaki di dalam bilik asrma di situ.


Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sudah dilaporkan kepada polis pada 6 Jun lalu.


"Kita sudah membuat siasatan berkenaan kejadian ini dan sudah menahan tujuk suspek berusia 13 sehingga 15 tahun kerana membelasah seorang penghuni lelaki berusia 11 tahun di situ.


"Kertas siasatan sudah dipanjangkan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya negeri," katanya.


Dalam kejadian pada 25 Mei lalu, mangsa berusia 11 tahun itu dibelasah suspek berkenaan satu perkara sebelum diketahui pihak pengurusan asrama selepas penyebaran video berkenaan.


Katanya, pihak asrama kemudian membuat laporan polis pada 6 Jun bagi tindakan seterusnya.


Menurutnya, kertas siasatan kes sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu arahan selanjutnya ke atas ketujuh-tujuh remaja berkenaan.


Abdul Rahman berkata, kes berkenan difahamkan sudah selesai di peringkat pentadbiran dan pengurusan asrama berkenaan.


Semalam, negara digemparkan dengan klip video kejadian buli yang dikongsi di beberapa laman sosial memaparkan kejadian seorang pelajar dibelasah beberapa pelajar di sebah bilik asrama.



[05/11 16:45] Maklumat kes buli laporan berita tv3 yg dikeluarkan hari ini


Tarikh kejadian 24/5/2014 hari sa btu antara jam 6 ptg hingga 7 malam di asrama anak Yatim jejawi Perlis. Mangsa bernama Nur Azha b saat pelajar tahun 5 SK kubang gajah. Pembuli seramai 7 orang.


1. Mohd Zaid Mohd izhan ting 2 telah dibuang sekolah Dan buang asrama anak yatim.
2. Mohd talhah Mohd izhan Tingkatan 1 telah dibuang sekolah Dan buang asrama.
3. Mohd khairy b Abdullah ting 4 diberi amaran kes pertama.
4. Hafiz ishak ting 3 diberi amaran
5. Irfan far is b syaifudin ting 1 diberi amaran
6. Mohd farhan b dzulkafli ting 2 diberi amaran
7. Mohd airil izuan mat zambri ting 1 diberi amaran



Pihak asrama anak Yatim telah buat repot pada 6/6/2014 kerana selepas tarikh kejadian cuti sekolah Dan baru mendapat tahu tentang kejadian apabila sekolah dibuka dan video telah disebarkan.repot dibuat di ipd kangar jam 1705.Selepas repot dibuat pelajar terlibat ditahan dilokap selama 2 hari.Mangsa cedera ringan.Repot polis telah ditarik semula pada 21/7/2014 oleh pihak asrama anak Yatim.


Sekian laporan saya.


[05/11 16:51] En Sahrul Spkd: Maklumat selanjutnya akan saya tulis dalam laporan kes untuk makluman pihak tuan.Maklumat tambahan semua pembuli bersekolah di SMK Syed Sirajuddin,jejawi Perlis.


[05/11 16:58] En Sahrul Spkd: 7 orang pelajar ini menandatangani Surat perjanjian Dan jaminan di Ipd kangar.Pihak asrama anak yatim menarik balik repot ini atas Alasan:


1. Suspek telah mohon maaf Dan berjanji tidak akan ulang perbuatannya.
2. Pihak Jawatankuasa Asrama beranggapan murid yang terlibat masih muda Dan tidak berfikir panjang semasa buat.Tidak mahu masa depan mereka gelap.



Tindakan yang telah diambil ialah satu sesi Kaunseling Dan nasihat telah dibuat kepada 7 orang murid yang terlibat oleh pihak asrama anak Yatim.


Kes selesai.




0 Response to "Info terkini berkaitan kes buli seorang budak di Perlis Berserta Video"

Post a Comment