Pelajar hilang ketika Climbathon


Kuala Berang: Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, petang semalam.

Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.

Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi 'checkpoint' pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.

"Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan," katanya.

Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada jam 8.15 pagi.

0 Response to "Pelajar hilang ketika Climbathon"

Post a Comment