Pasangan Gelandangan China Tukar Ribuan syiling untuk Biaya Anak Sekolah



Setiap orang tua pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anaknya. Apa yang diperlukan anak akan sedapat mungkin dipenuhi oleh orang tua. Tak terkecuali dengan apa yang dilakukan oleh sepasang gelandangan di China.


Pasangan suami isteri ini menukarkan ribuan syiling di bank di kota Huangshi, provinsi Hubei.

Pasangan ini menukarkan ribuan syiling bernilai 304 yuan di bank supaya dapat dikirimkan ke rumah untuk biaya sekolah anak mereka. Pegawai bank mengambil masa selama 2 jam untuk menghitung semua syiling tersebut. 

Gao Guanglin (49) dan Jiang Fang (54) tukarkan ratusan yuan wang siling di bank untuk biaya sekolah anaknya. | Foto: copyright shanghaiist.com
Pasangan suami isteri ini dulunya bekerja sebagai petani. Tetapi kerana kemarau panjang di kampung halaman mereka di provinsi Anhui, mereka akhirnya beralih mengadu nasib dengan menjual bamboo sachet (kantung-kantung kecil yang terbuat dari bambu) di kota. Setiap kali ada orang yang memberikan wang lebih dari 0.5 yuan  , maka mereka akan memberikan satu bamboo sachet kepada si penderma tersebut.

Ratusan yuan duit siling yang mereka tukarkan di bank tersebut merupakan hasil derma orang-orang dermawan dan juga penjualan bamboo sachet selama dua bulan.


Gao Guanglin yang cacat penglihatan (buta)menjelaskan kepada para wartawan bahawa dia memiliki tiga anak yang masih sekolah. dia dan isterinya tak dapat mencari pekerjaan kerana keadaan  kesihatan. Meskipun begitu, mereka tak mahu mengemis dari orang ramai.


“There is no home as comfortable as your father's arms and no bed as soft as your mother's lap.” ― Faraaz Kazi. Ladies, mungkin kita pernah mengeluh kenapa kita tak boleh mendapatkan semua yang kita inginkan. Mungkin kita merasa orang tua kita bukan orang tua terbaik kerana tak dapat memenuhi semua keperluan kita. Tapi mereka, pasti dan akan selalu, berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kerana mereka adalah malaikat terbaik kita di dunia yang akan selalu menjaga dan melindungi kita.

0 Response to "Pasangan Gelandangan China Tukar Ribuan syiling untuk Biaya Anak Sekolah"

Post a Comment