TERKINI : AL FATIHAH. Adik Rafiqin Ditemui Telah Meninggal Dunia


Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia.

Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.

Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.


Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi lewat kerana melalui jalan yang sukar dan licin.

Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah.

Jenazah mangsa dibawa ke hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

0 Response to "TERKINI : AL FATIHAH. Adik Rafiqin Ditemui Telah Meninggal Dunia"

Post a Comment