Budget 2014 Mungkin Mengecewakan Rakyat

Apakah permainan kali ini dalam pebentangan Budget 2014? Aku tak sangka pulak akhbar utusan paparkan keadaan baki akaun negara. Ingatkan nak simpan-simpan rahsia supaya 1 Malaysia tidak tahu.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Bajet 2014 dijangka memperkenalkan beberapa langkah yang tidak popular dalam kalangan masyarakat tetapi memberi kesan positif kepada ekonomi dari segi jangka panjang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah-langkah tersebut dibuat bagi mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.

Malah, katanya, langkah-langkah itu akan meneruskan kelangsungan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

"Saya mengakui akan timbul rasa tidak puas hati rakyat mengenai Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada bulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pra Pelancaran Kongres Usahawan Muda Bumiputera anjuran Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia yang akan dijalankan pada Februari tahun depan.

Yang turut hadir pada majlis ialah Presiden GMB Malaysia, Agil Faisal Ahmad Fadzil.

GMB Malaysia ditubuhkan pada 9 Mei 2011 dengan tumpuan untuk membantu dan membimbing usahawan dalam bentuk pembangunan kapasiti, kewangan dan peluang pasaran.

Pertubuhan itu juga ditubuhkan bagi mengumpul serta merencanakan aspirasi kerajaan di dalam memperkembangkan kemajuan negara melalui usaha golongan belia dan usahawan muda.

Setakat ini, GMB Malaysia mempunyai keahlian melebihi 1,000 orang di seluruh negara.

Bajet 2014 dijangka dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Bercakap mengenai usaha kementerian dalam membantu usahawan muda di negara ini, Mustapa menambah, pihaknya akan melihat peluang-peluang baharu untuk melibatkan penyertaan usahawan-usahawan muda dalam program-program yang dijalankan kerajaan di luar negara.

Katanya, usahawan-usahawan muda perlu diberi pendedahan dan peluang di peringkat global.

"Sebelum ini, tidak ada penyertaan usahawan-usahawan muda di peringkat global. Kementerian akan melipatgandakan program-program yang membabitkan usahawan-usahawan muda,'' ujarnya.

0 Response to "Budget 2014 Mungkin Mengecewakan Rakyat"

Post a Comment