TRAGEDI RUNTUHAN SALJI DI EVEREST: Boikot/Batal berikutan tragedi runtuhan salji terburuk


 

21/04/2014 8:09pm

KATHMANDU - Para ketua ekspedisi dan golongan pemandu pendakian mengancam mahu membatalkan semua aktiviti pendakian di Gunung Everest di sini hari ini berikutan kejadian runtuhan salji yang terburuk dalam sejarah pada Jumaat lepas hingga meragut banyak nyawa.

Dalam tragedi yang mengorbankan 13 orang yang rata-ratanya merupakan etnik Sherpa itu, kemarahan memuncak hingga mengatasi rasa pilu apabila isu mengenai nilai pampasan dibangkitkan.
Mereka yang meratapi kematian korban turut mengemukakan petisyen untuk pihak kerajaan, bersama amaran daripada Persatuan Pendaki Nepal bahawa semua ekspedisi akan dibatalkan sekiranya tiada tindakan diambil dalam tempoh seminggu.
Kandungan petisyen tersebut antara lain menyeru agar dana bantuan Sherpa segera ditubuhkan dengan menggunakan sebanyak 30 peratus daripada yuran pendakian yang dibayar para pendaki. Selain itu, insurans hayat yang sekarang ini bernilai AS$10, 000 perlu dinaikkan sekali ganda.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan itu, 13 orang terbunuh manakala tiga lagi mangsa belum ditemui dan dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan salji tersebut. Ketika runtuhan salji berlaku, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan membawa barangan keperluan bagi sekumpulan pendaki antarabangsa yang menanti di pangkalan kem Everest.
Beberapa buah kumpulan pendaki termasuk sebuah kumpulan Alpine Ascents International dari Seattle, Amerika Syarikat, yang telah kehilangan empat orang Sherpa mengambil keputusan untuk membatalkan ekspedisi mereka. - AFP



Kathmandu: Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ke-13 hari ini susulan tragedi runtuhan salji terburuk di Gunung Everest kelmarin, kataṃ pengawai penyelamat.
Ketua jabatan Gunung Nepal, Maddhu Sunan Burlakoti berkata, Tiga lagi jurupandu Masih hilang dan pasukan mencari dan menyelamat giat menjalankan Usaha mencari ketika cuaca dijangka kurang baik hari ini. 
Burlakoti berkata, Usaha mencari begitu mencabar kerana berdepan dengan timbunan salji tebal dan bongkah ais besar.
Mangsa terbabit ialah kumpulan besar Sherpa yang membawa khemah, makanan dan Tali yang mengikuti ekspedisi Awal pagi dalam keadaan cuaca baik.
Kejadian berlaku jam 6.45 pagi waktu tempatan pada ketinggian 5800 mita di kawasan dikenali sebagai 'Padang bertih jagung' yang berada dalam laluan ke kawasan Khumbu yang berbahaya. - AP 

0 Response to "TRAGEDI RUNTUHAN SALJI DI EVEREST: Boikot/Batal berikutan tragedi runtuhan salji terburuk "

Post a Comment