KES maut untuk cantik bukan perkara baru, namun kerana ketaksuban untuk kelihatan menarik, ia gagal menjadi pengajaran bagi segelintir wanita.
Terbaru seorang wanita Britain berusia 24 tahun dikenali sebagai Joy William, maut di katil pembedahan kosmetik di Bangkok, Thailand kira jam 11 malam Khamis.
Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas disuntik ubat bius bagi menjalani pembedahan membetulkan ekor tulang belakangnya.
Pegawai Penyiasat Leftenan Kolonel Chaliang Inthip berkata, sejurus selepas kematian wanita itu dilaporkan, pasukan penyiasat dikejarkan ke klinik berkenaan dan mereka menemui mayat mangsa terbaring di atas meja pembedahan dengan kesan torehan sepanjang 7.6 sentimeter pada ‘ekor’ tulang belakangnya.
Mayat wanita itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala doktor yang menjalankan prosedur itu, Dr Sompob Saensiri, 51, disoal siasat polis.
Hasil soal siasat, wanita itu dikatakan pernah menjalani rawatan sedut lemak di klinik itu sebelum ini.
Tidak dapat dipastikan wanita itu datang ke Bangkok seorang diri atau berteman untuk menjalani pembedahan.
Kini pasukan penyiasat menyoal kakitangan klinik, semua doktor dan pembantu selain memeriksa premis itu untuk mengenal pasti sama ada peralatan pertolongan cemas disediakan seperti diperuntukkan undang-undang.
0 Response to "Wanita Maut Di Bilik Bedah Untuk Cantik"
Post a Comment