Soalan yang bermain di minda hari ini: Solat Jumaat Lewat! (sampai2 masjid, orang sume dah start solat. Jadi, bagaimana caranya Ali (contoh) nak solat Jumaat sekiranya Ali terkemudian dari Imam?
Ade 2 kemungkinan yang berlaku:
1) Imam sudah habis rakaat pertama
Jawapan dari sumber Majlis Ulama ISMA:
Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ Sesiapa yang memperolehi satu rakaat sesungguhnya ia memperolehi kesemuanya”
( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam hadith yang lain, Baginda saw bersabda:
Maksudnya: “ sesiapa yang memeprolehi satu rakaat daripada solat jumaat, maka lengkapkan rakaatnya dan sempurnalah sembahyangnya”
(Riwayat al-Nasa`I, Ibn Majah dan Darulqutni).
Rakaat Pertama:
Sekiranya Ali sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama (sebelum imam sujud), maka Ali hanya perlu menggantikan 1 rakaat yang tertinggal sesudah imam memberi salam.
Rakaat Kedua:
Sekiranya Ali hanya sempat bersama imam selepas daripada rukuk rakaat ke-2 (imam dah duduk tahiyat akhir), maka Ali hendaklah melengkapkan 4 rakaat seperti solat Zohor TANPA memerlukan niat yang baru sesudah imam memberi salam.
Inilah pendapat kebanyakan sahabat seperti Ibn Mas'ud, Ibn Umar dan juga imam Mazhab Al-Syafi'I, Al-Maliki dan Al-Hanbali. Maka, usahlah kita lengah2kan Solat Jumaat, turun awal, dengar khutbah dengan khusyuk, dapatkan saf hadapan, semoga kita perolehi kesemuanya keberkatan pahala solat Jumaat, Aminn.

0 Response to "Terlepas Rakaat Pertama Solat Jumaat beserta Video"
Post a Comment