RIngkasan yg Teringkas Bajet 2015

Ringkasan Bajet 2015
  •  Bonus:
    • Bonus penjawat awam: setengah bulan dengan pembayaran minimum RM500. Ianya akan dibayar pada bulan Januari 2015.
    • Pembayaran bantuan khas pesara sebanyak RM250
  • BRIM:
    • BRIM bagi isi rumah pendapatan bawah RM3,000: dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 dan dibayar tiga kali setahun (RM300 pada bulan Januari dan Mei manakala RM350 pada September 2015)
    •  BRIM bagi isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000: dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 dan dibayar tiga kali setahun (RM200 pada bulan Januari dan Mei manakala RM350 pada September 2015)
    • BRIM bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 dan dibayar sekaligus mulai awal tahun hadapan
    • i-BR1M dimansuhkan dan digantikan dengan Skim Khairat Kematian: manfaat kepada waris sebanyak RM1,000 berkuatkuasa selama setahun
    • Membina lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang bernilai RM5.3 bilion sepanjang 59km
    • Membina lebuhraya Damansara-Shah Alam bernilai RM4.2 bilion sepanjang 47km
    • Kemasukan IPTA dengan minima MUET:
      • Sastera dan Sains Sosial: Band 2
      • Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM): Band 3
      • Undang-Undang & Perubatan: Band 4
    •  Syarat bergraduan, wajib capai:
      • Sastera dan Sains Sosial: Band 3
      • STEM: Band 4
      • Undang-Undang & Perubatan: Band 5
    •  Skim Rumah Belia
      • Belia berkahwin berumur 25-40 tahun serta pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000: Skim pemilikan rumah pertama kurang daripada RM500,000
      • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun
      • RM200 sebulan diberi oleh Kerajaan pada 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran ansuran bulanan
      • Pengecualiaan 50% duti setem
      • Kerajaan menyediaan jaminan pinjaman sebanyak 10% bagi membolehkan meminjam sehingga 100%
      • Boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP untuk menampung bayaran ansuran dan kos berkaitan
      • First come first serve untuk 20,000 unit rumah
    • Meneruskan bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang
    • Meneruskan pemberian Program Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250
    • Nelayan:
      • Elaun sara hidup dinaikkan kepada: Zon A (RM300): Zon B dan C (RM250) sebulan
      • Nelayan darat sepenuh masa: elaun sebanyak RM200 sebulan
    • Seragam harga barangan Kedai Rakyat 1Malaysia:
      • Tambah 20 lagi kedai di Semenanjung
    • Sistem pengangkutan awam:
      • Bas luar bandar ke bandar dengan diskaun bulanan sebanyak 30% bagi Rawang-KL, Klang-KL dan Seremban-KL
      • Menyediaan Electric Train Service (ETS): Ipoh-Butterworth
    •  Orang Kelainan Upaya (OKU)
      • OKU bekerja: kenaikan elaun bulanan daripada RM300 kepada RM350
      • OKU tidak bekerja: kenaikan elaun bulanan daripada RM150 kepada RM200
      • Kenaikan pelepasan cukai bagi yang mempunyai anak OKU: RM5,000 kepada RM6,000
      • Kenaikan pelepasan cukai bagi pembeliaan alatan bagi OKU: RM5,000 kepada RM6,000
    • Pemilikan rumah:
      • Bina 80,000 rumah PR1MA: Peruntukan sebanyak RM1.3 bilion. Had kelayakan isi rumah dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM10,000
      • Melanjutkan pengecualiaan duti setem sebanyak 50%. Menaikkan harga had harga rumah daripada RM400,000 kepada RM500,000. Pengecualiaan sehingga 31 Disember 2016
    • Perumahan Penjawat Awam (PPA):
      • Menurunkan harga minimum rumah daripada RM150,000 kepada RM90,000 seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi
      • Menaikkan syarat pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000 
    •  Ahli Parlimen
      • Elaun ahli Dewan Rakyat dinaikkan bersamaan gred 54 kepada gred Jusa C
      • Elaun ahli Dewan Negara dinaikkan bersamaan gred 48 kepada gred 54 dan Jusa C
    • GST:
      • Meluaskan skop barangan dikecualikan GST termasuk roti putih, serbuk kopi, bahan bacaan dan suratkhabar
      • Menaikkan kadar pengunaan elektrik yang dikecualikan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama
      • Pelepasan GST terhadap RON95, diesel dan LPG
    • Barangan yang dijangka turun harga adalah antaranya ubat-ubatan, peti sejuk, mesin basuh, barangan plastik, kasut, perabut rumah, daging, telur ayam, beras dan sayur-sayuran
    • Cukai pendapatan individu:
      • Dikurangkan antara 1%-3%
      • Golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi dikenakan cukai
      • Pendapatan cukai bracket paling tinggi dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM400,000
      • Kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%
    • Diskaun 20% diberikan kepada peminjam PTPTN bagi bayaran lump-sum atau sekaligus sehingga 31 Mac 2015
    • Geran sepadan SSPN-i dinaikkan bagi golongan berpendapatan RM2,000 sebulan kepada RM4,000 sebulan
    • Cuti menjaga anak tidak terikat kepada cuti bersalin berkuatkuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad bagi tempoh 1 tahun

    0 Response to "RIngkasan yg Teringkas Bajet 2015"

    Post a Comment