SINOPSIS DRAMA BILA HATI BERBICARA Dan Gambar Pelakon

Selepas Maaf Jika Aku Tak Sempurna melabuhkan tirai, saksikan sebuah lagi adaptasi novel, “BILA HATI BERBICARA” yang menampilkan bintang-bintang muda yang sedang meningkat iaitu Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya di slot Akasia bermula 28 Oktober 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam.

Novel Bila Hati Berbicara karya Antasya Balqis akan diadaptasikan kepada drama dan ditayangkan di slot Akasia TV3. Drama dibawah terbitan Suhan Movies ini diarahkan oleh Amie Maziah. Menampilkan Syafiq Kyle dan Atiqah Suhaime sebagai pelakon utama. Dijangka akan bersiaran selepas tamatnya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Info terbaru akan dikemaskini kelak.

JUDUL : Bila Hati Berbicara
TARIKH : 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Amie Maziah
NOVELIS : Antasya Balqis
TERBITAN : Suhan Movies / Buku Prima
PELAKON : Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif

WATAK-WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Emir Qasha
Atikah Suhaime sebagai Tania Katsura
Azwan Kombos sebagai Encik Taufiq
Idzham Ismail sebagai Zaidi
Hanna Aqeela sebagai Nadia

novel bila hati berbicara akasia tv3

SINOPSIS BILA HATI BERBICARA
Drama bersiri 32 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, diarahkan oleh Amy Maziah dan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Mengisahkan tentang percintaan antara dua insan yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Emir Qasya (Syafiq Kyle) seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan manakala Tania Katsura (Atikah Suhaime) pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan dan sentiasa berkerja keras untuk mengejar cita-citanya.
Apabila syarikat Emir ingin membeli kawasan setinggan tempat Tania tinggal untuk dimajukan, dia mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di situ yang diketuai oleh Tania. Demi mengambil hati Tania supaya dapat memujuk penduduk-penduduk itu menjual tanah kepada syarikatnya, Emir telah menawarkan kerja kepada Tania.
Selepas mengenali hati budi Tania, Emir mengakui bahawa Tania ialah seorang gadis yang amat istimewa. Namun, Emir menafikan dirinya telah jatuh cinta pada Tania kerana dia merasakan Tania tidak sesuai untuk menjadi isterinya kerana perbezaan darjat.
Emir memperkenalkan Tania kepada sahahat baik yang juga pembantunya, Badri Fathul (Hafreez Adam). Badri tertarik dengan perwatakan Tania dan ini telah menyebabkan Emir rasa cemburu. Akhirnya, Emir telah memerangkap Tania supaya berkahwin dengan dia selepas tercabar dengan Badri yang juga mahu menawan hati Tania.
Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik (Azwan Kombos) terhadap Tania Katsura. Taufik berdendam kerana tidak dapat memiliki Tania. Bekas teman wanita Emir, Babe (Raja Ilya) juga berpakat dengan Taufik untuk merosakkan hubungan Emir dan Tania. Apakah yang akan terjadi kepada Emir dan Tania? Adakah kasih sayang dapat menyatukan cinta Emir kepada Tania?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan BILA HATI BERBICARA menerusi slot Akasia bermula 28 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

 GAMBAR PELAKON

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

novel bila hati berbicara akasia tv3

0 Response to "SINOPSIS DRAMA BILA HATI BERBICARA Dan Gambar Pelakon"

Post a Comment