Mengikut satu laporan
terkini, pengambilan sarapan pagi yang tidak teratur boleh meninggalkan kesan
buruk pada kesihatan dalam tempoh tiga dekad berikutnya. Hasil penyelidikan
daripada seorang penyelidik dari Sweden mendapati individu yang tidak
menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi dalam tempoh jangka masa semasa
kehidupan antara zaman kanak-kanak hingga dewasa menunjukkan lebih tanda-tanda
sindrom metabolik dalam tempoh 27 tahun akan datang berbanding dengan mereka
yang mengambil sarapan pagi secara betul dan teratur.
Sindrom metabolik
merupakan satu istilah perubatan bagi kombinasi tiga penyakit berkait iaitu
kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti, dan ia boleh menyebabkan
peningkatan risiko untuk penyakit jantung dan angin ahmar sehingga 68 peratus
ke atas lelaki dewasa.Dengan membuat kajian ke
atas kumpulan responden 27 tahun lalu, para penyelidik dari Sweden ini turut
mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi atau bersarapan pagi sambil
lewa mampu meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.
Pada tahun 1981, para
penyelidik dari Universiti Umee, Sweden turut membuat soal selidik ke atas
sekumpulan para pelajar yang belajar di sekolah di bahagian bandar Utara Lulea,
bagaimana cara pemakanan serta pengambilan sarapan pagi mereka setiap hari. Kemudian, kesemua
responden turut diminta untuk kembali semula pada tahun 2008, selepas 27 tahun
daripada tarikh kajian tersebut dilakukan untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan. Melalui kajian yang
dilakukan, selain ingin melihat tanda-tanda sindrom metabolik para penyelidik
juga ingin melihat sama ada cara pengambilan sarapan pagi yang tidak betul
ataupun tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi mampu mengundang
pelbagai jenis penyakit lagi yang berkaitan. Melalui kajian tersebut
juga didapati sebanyak 68 peratus para remaja yang mengabaikan atau tidak
menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi akan menghidap sindrom
metabolisme ini seperti yang dihidapi kebanyakkan orang dewasa jika hendak
dibanding dengan mereka (remaja) yang begitu berdisiplin dalam soal pengambilan
sarapan pagi ini.
"Nak gemuk senang je, Jangan makan Sarapan"
- PROF DR MUHAYA, |
Pada masa yang sama,
selain soal kaji selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan
pengambilan sarapan pagi, para pengkaji turut membuat kajian yang merangkumi
pelbagai soalan mengenai faktor sosio ekonomi dan juga pelbagai jenis gaya
hidup. Bagaimanapun,
penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan untuk lebih memahami mekanisma yang
digunakan, serta hubungan antara sarapan pagi dan sindrom metabolisme.
Bagaimanapun, kajian awal ini telah mendapatkan terdapat kesan secara langsung
ke atas kadar gula dalam darah.
Selain itu menurut para
penyelidik tersebut, kegemukan terutama di bahagian perut dan kencing manis,
nyata jelas mempunyai kaitan dengan pengambilan sarapan yang tidak sempuran
ketika zaman kanak-kanak mereka.
Kajian lanjut diperlukan dalam
usaha untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai
mekanisma yang terlibat antara pengambilan sarapan pagi yang diambil sambil
lewa dengan sindrom metabolisme. Tetapi keputusan yang diperoleh
serta kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini turut mencatatkan kesan yang negatif terhadap peredaran gula dalam darah sekiranya
sarapan pagi diabaikan ataupun cara pengambilannya adalah sambil lewa,"
ujar ketua penyelidik, Maria Wennberg. Kajian tersebut turut
menyokong beberapa keputusan kajian sebelum ini dari Universiti of Tel Aviv
yang mendapati pengambilan lebih kalori pada waktu pagi berbanding
pengambilannya pada waktu petang boleh mengurangkan risiko penyakit kencing
manis dan obesiti.
Selain itu, pengambilan
sarapan pagi yang banyak juga didapati mampu membuatkan seseorang itu mengalami
penurunan berat badan. Keputusan yang diperoleh
pada akhir kajian tersebut turut mendapati mana-mana individu yang mengambil
sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak manakala kuantiti yang sedikir untuk
makan tengah hari dan juga makan malam mampu mengurangkan berat badan sekitar
19.1 paun.
Berbanding bagi mereka
yang mengambil banyak kalori pada sebelah petang atau malam hanya mampu
mengurangkan berat badan sehingga 7.9 paun dalam sehari.
0 Response to "Tidak Sarapan Punca Gemuk"
Post a Comment