Tunku Mahkota Johor Nikah 24 Oktober Ini


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 8 November.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.

"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.

0 Response to "Tunku Mahkota Johor Nikah 24 Oktober Ini"

Post a Comment