PUNCA KEMALANGAN NGERI SUPERBIKE Oleh SAKSI



GOMBAK: 2 penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak jam 11.15 pagi semalam.

Kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam insiden terbabit.
Pihak Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan pada jam 11.22 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
Seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut di tempat kejadian.
Punca kemalangan masih di siasat dan tidak menolak kemungkinan insiden berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan.
Sumber- Harian Metro

PUNCA KEMALANGAN MENURUT SAKSI & LAPORAN POLIS
Menurut saksi, punca kemalangan tersebut disebabkan oleh sebuah treler yang melintang di sepanjang lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi ini sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit.

Punca kemalangan maut menurut laporan polis
Laporan Kemalangan Maut di
Zon Timur 1 (KL-Lanchang)
Tarikh : 19/10/2014 (Ahad)
Jam : L/kurang 1124 hrs.
Lokasi : KM 26.5(B).
Daerah : Gombak
Ringkasan Kejadian
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis & no. pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta – Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi & P.Alza.
Keterangan
- 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang & 2 org lagi penunggang tercampak & cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry & Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar. Manakala P.Exora, P.Alza & P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.
Butir -butir Mangsa (Si Mati)
1) Penunggang M/sikal (Rentung) :
Nama: Zali bin Khalid(Maklumat penuh belum diperolehi)
2) Penunggang M/sikal (Mati)
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 Thn)
2 lagi Penunggang M/sikal cedera parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
Terdahulu, salah seorang mangsa pernah memuat naik status di WhatsAppnya sebelum ini seperti tahu akan ajalnya bakal tiba.





1 Response to " PUNCA KEMALANGAN NGERI SUPERBIKE Oleh SAKSI"

  1. Thanks for sharing the post.. parents are worlds best person in each lives of individual..they need or must succeed to sustain needs of the family. indian motorcycle tours

    ReplyDelete